Untuk mengetahui seseorang perempuan / lelaki
itu menyukai seseorang amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu
itu sendiri.
1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan kita
kemudian tersenyum.
Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin
kerana terdapat tahi mata di muka kita. Namun, jika sering kali dia memberikan
senyuman kepada kita, itu bermakna dia merasakan kita seorang yang menarik dan
ingin menceriakan hidup kita dengan senyuman dia.
2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak
dengan kita.
Dengan
cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah
cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.
3. Ketika dia berborak dengan kita, dia akan
nampak gelisah dan resah.
Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan
rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan
mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, kita akan
nampak dia memberikan perhatian 100% ketika kita bercakap.
4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan
terhadap kita
seperti menepuk bahu kita, menyentuh tangan kita
atau mungkin juga mencubit kita dan bukannya 'body contact' dalam permainan
rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan kita.
5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia
akan kata, "adalah ..."
sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia
akan buat kita cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di
tempat kita belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi kita.
6. Dia juga akan bertanya siapa yang kita suka
dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu
sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi
sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan
senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.
7. Ketika kita dan dia keluar bersama
kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah kita sama ada kita
sedar atau tidak.
8. Si dia akan mengharapkan kita untuk
mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan "bosannye ....." atau
mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak
untuk mengajak kita keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya
belanja".
9. Dia tahu mengenai hal peribadi kita.
Dia tahu tentang keluarga kita, apa yang kita
suka dan apa yang kita tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai kita
sendiri yang kita tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile kita di facebook.
Dalam kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar